6. Water World

 Masa dekat water world ni, tak amik gambar sangat.
Dia macam stunt show secara live.


7. Shrek (4D Movie)

Masa dekat Shrek ni pun, tak amik gambar sangat.
Sebab dah penat sangat. huhu.

Dia macam dekat panggung wayang, tapi jenis 4D.
Kau duduk dekat kerusi.
Lepastu , kalau dekat screen tu ada percikkan air, kau pun akan rasa ada air keluar.
Kalau kat screen tu kau naik kuda, tempat duduk kau pun akan rasa goyang goyang.

Diorang akan bagi pakai cermin mata khas.


Ni istana Shrek.


8. Madagascar (Rapids Adventure)


Ride terakhir kiteorang, Madagscar.
Antara banyak banyak ride dalam ni,
paling BOSAN ;- Madagascar

Kalau untuk bebudak, boleh la..

Ok. Itu sahaja ride kami di USS (Universal Studio Singapore)

Kalau nak beli souvernier, ada kedai Souvernier.
Contoh : Baju, Mug, Magnet fridge, Pen, Keychain & Pillow.

Kalau nak solat, jangan risau.
Ada jugak disediakan tempat solat.
Tempat solat, dekat dengan roller coaster, tu penting ambil pamplet masa nak masuk.
Sebab dekat pamplet tu ada bagitahu, toilet, surau, & etc dekat mana.
Kalau yang perempuan, kena bawak telekung sendiri.
Macam aku, Shawl Labuhkan & adjust bagi tutup aurat sikit.
Pastu pakai stokin. Tu penting nak bejalan pakai sneakers.
Jangan pakai heels/selipar jer.

Toilet, kebanyakkan toilet duduk.
Takde air/pili kepala paip ya.
So, kau nak basuh, kena pakai air botol mineral.
Tapi kalau pandai cari toilet,
ada tandas cangkung.
Sebab aku ade jumpa satu tandas tu.

So, this our first & last trip to USS.
Jalan sejauh mana kita,
Solat jangan lupa guys!