Mungkin ada yang dah fadeup jadi partner foodpanda
Mungkin ada yang tak suka cara pengiraan 'commission rate foodpanda'
Mungkin ada alasan yang tersendiri
So, dengan itu aku share sikit macam mane nak :
✔ menamatkan service vendor bersama foodpanda
✔ berhenti dari mengguna service vendor foodpanda
✔ menamatkan kontrak partner bersama foodpanda
✔ tutup restoran di foodpanda selama lamanya..
Cara cara nya adalah :
1. Boleh click sini TAMATKAN KONTRAK FOODPANDA , lepastu click NEXT
2. Pilih bahasa : ENGLISH / MALAY (BM)
3. Isi Maklumat yang lengkap dibahagian bertanda *
b) *ALAMAT EMAIL : sila isi email yang daftar dengan Foodpanda..
c) *OUTLET VENDOR ID OR CODE / ID ATAU KOD VENDOR OUTLET : sila isi outlet vendor ID atau code, selalunya diorang akan bagi melalui email..
Kalau Nama Restoran lupa, Email lupa, Outlet Vendor ID/ Code pun lupa,
boleh click >> MACHINE FOODPANDA
boleh click >> MACHINE FOODPANDA
4. Lepas dah isi, boleh click NEXT
5. Lepastu, pada bahagian SAYA PERLU BANTUAN DENGAN , sila click pada bahagian 'PERTANYAAN UMUM'
6. Kemudian, pilih jenis outlet RESTORAN atau SHOP
- RESTORAN untuk Vendor Restoran / Home based kitchen
- SHOP untuk Vendor Kedai
7. Pada bahagian APA PERUBAHAN YANG ANDA MAHU BUAT , sila click PERKHIDMATAN PENGAMBILAN
9. Pada bahagian , SILA PILIH SEBAB YANG TERTERA DIBAWAH, pilihlah sebab kenapa nak tutup foodpanda...
10. Lepastu, click atau tick pada bahagian , I AGREE dan kemudian tekan NEXT
Lepas dah selesai semua langkah atas ni, just perlu tunggu maklum balas atau update/feedback dari pihak foodpanda.. Selalunya diorang akan ambil masa 1 atau 2 hari untuk selesaikan dan kemudian akan beritahu melalui email atau call..
Macam aku, lepas 2 hari seperti yang dijanjikan, aku tak dapat apa-apa feedback atau update dari pihak foodpanda sendiri seperti yang diberitahu.. So, aku contact team foodpanda balik, melalui mesin foodpanda.. Untuk tahu sendiri tentang pembatalan kontrak punya status...
Tapi diorang just mampu bagitahu, mintak tunggu update dari team diorang yang uruskan pembatalan tu, tunggu lagi 1 hingga 2 hari...lagi lagi dan lagi..
Aku punya tunggu 1,2 hari dia tu, sebulan dah menunggu.. Jadi, ape yang aku buat, aku ambil machine foodpanda, dan tekan button OPEN. Lepastu, pergi dekat APPS FOODPANDA (apps yang customer untuk order makanan), Then , aku search nama kedai foodpanda aku, tapi tak appear / tak keluar pun nama kedai aku tu, walaupun dekat machine masih status open..
Jadi, aku tanya dekat bahagian help center, rupanya kedai aku dah dikategori 'BISNES CLOSED' atau kontrak dengan foodpanda tamat/dibatalkan..
Team foodpanda bagitahu, diorang akan ambil semula merchant foodpanda , tapi aku tunggu jugaklah diorang call..Tak lama lepastu (lama jugak tunggu dalam 2 bulan macam tu..) Baru team Foodpanda ade call untuk collect merchant Foodpanda, diorang sendiri yang datang collect ke lokasi aku, Just bagi dekat diorang mechant Foodpanda, takde bayaran apa-apa yang dikenakan..
Bahagian HELP CENTER , kat mana nak cari tu?
click >> MACHINE FOODPANDA