TTC tu apa?


Kebanyakkan pasangan yang TTC, tak tahu cara nya. Tak tahu macam mane cara,  prosedure dan check untuk kesuburan.   Sepatutnya, sebelum nak telan mana-mana ubat atau vitamin, better pegi check dengan doktor and cari dan tahu apa masalah dan punca, yang boleh menyebabkan sampai sekarang masih belum dikurniakan anak. So, kenalah buat dan check kesuburan pasangan masing-masing. Check kesuburan ni, bukan kau baru kahwin sebulan dua, tak mengandung lagi, kau terus pegi buat check fertility. Kalau kau pegi klinik and jumpa doktor untuk check kesuburan, doktor akan suggestkan korang try natural. Natural ni, macam kena jaga dulu dari segi pola pemakanan , aktiviti seharian & lifestyle. Selalunya,yang pegi untuk check kesuburan ni, yang dah bertahun-tahun kahwin, yang da try macam-macam usaha untuk dapatkan zuriat tapi masih belum ada rezeki dikurniakan zuriat. Nak tahu punca dan masalah. 

Ape itu TTC ?
- TTC adalah singkatan bagi perkataan Trying To Concieve(dalam bahasa english). Maksud mudah dia adalah, perempuan/pasangan yang dah berkahwin lama, yang masih berusaha untuk mengandung atau dapatkan dan tambah zuriat. 

So, perkataan TTC ni selalu digunakan untuk yang dah lama berkahwin tapi masih belum ada rezeki zuriat atau pun yang dah lama berkahwin dan tengah berusaha untuk dapatkan anak nombor 2/3 dan seterusnya, yang mengambil masa yang lama (bertahun-tahun).

Bile masa nak kena buat atau check kesuburan bagi pasangan yang ttc ?
- Perkahwinan dah matang lebih dari 2 tahun, dah boleh pegi check kesuburan SUAMI & ISTERI. Bukan isteri sorang je ye yang kena buat & check kesuburan. Suami pun kena buat sekali. Sebab, kita tak tahu siapa antara suami/isteri yang ada masalah sampai tak boleh dapat zuriat. Bila kita dah tahu, punca atau masalah, baru kita boleh ke next steps.

Tak tahu klinik atau hospital yang boleh buat untuk check fertility(kesuburan)?
- Buatlah research sikit , klinik yang ada buat service fertility. Pastu call klinik and tanya , cerita bagitahu, dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak lagi, so macam mane proses untuk yang firstime hasben and wife , yang nak dan buat check kesuburan. Diorang akan assist cara-caranya. Jangan lupa tanya bayaran sekali berapa.  Macam aku, aku stay kat JB. So, tempat yang aku penah buat untuk check fertility , aku buat dekat,  LPPKN & Kempas Medical. Aku dan hasben dah buat 2x check kesuburan, masa yang first treatment tu, buat dekat LPPKN.  Tapi stop kat LPPKN, sebab covid. Stop treatment kat LPPKN sampai 4 tahun macam tu. Lepastu, nak sambung second treatement untuk journey ttc, buat dekat Kempas Medical. Masa nak sambung second treatment ni,  Doktor suruh buat balik fertility. So, result dekat LPPKN & Kempas Medical, both of us takde masalah pun. Dua-dua alhamdulillah ok.  

Check Fertility tu, diorang buat ape je?
- Untuk Wife(LPPKN) : ambil darah, HSG, TVS &  Pep Smear
- Untuk Hasben(LPPKN) : ambil darah & sampel sperm

- Untuk Wife(Kempas Medical) : ambil darah, HSG, TVS, Pep Smear & Air Gula
- Untuk Hasben(Kempas Medical) : ambil darah & sampel sperm

Kalau dari segi harga, LPPKN lagi murah. Tapi , result korang tak akan dapat. Hanya doktor je yang akan tahu dan dia akan bagitahu kat kau result by mulut je. Kalau kat Kempas Medical, mahal sikit. Tapi result dan bahan result doktor akan bagi terus dekat kau, dan yang bestnya doktor akan assist kau sampai kau ngandung! Itu beza nya lah ye. Jangan lah pulak nanti ada yang pertikaikan, “eh mahal nye, saya buat kat klinik sekian sekian murah jerr”, tengok pada poket masing-masing. Ok. 

Dan ingatan bagi perempuan ye, jangan salahkan diri dulu kalau kita belum bawak diri kita dan toklaki kita pegi check untuk kesuburan ye! Kebanyakkan mulut puaka, suka menyalahkan si isteri jer. Cuma kita kena tahu, tempat dan siapa yang perlu kita rujuk. Dalam proses untuk ttc ni, kita tak boleh stress, kena happykan diri, jadi kalau ade manusia yang datang kat kau, then dia ade bawak negative vibe, better kau jauhkan diri dari dia, lagi bagus tinggalkan dia sensorang. 

Lantakkan mulut puaka yang mengata kau belakang-belakang, yang suka menyibuk tepi kainn orang tu, yang tak bagi support kt kau, yang suka provoke tu, kau tinggalkan diorang dalam dunia diorang sendiri. Sebab kalau diorang takde pun, kehidupan kau dan suami masih gembira dan tetap diteruskan sampai harini. Sikit pun tak effectkan dalam kehidupan kita. Umur makin berusia ni, nak tenang tenang je. Bukan menambah musuh. Orang yang selalu sibuk hal kehidupan orang lain ni, dia tak bahagia sebenarnya. Ok lah, done bebel. Kang masuk bab lain pulak.